Wednesday, December 12, 2012

JHEV BANTU VETERAN ATM DENGAN ADANYA WAD VETERAN DI HOSPITAL TENTERA TUANKU MIRZA BERTARAF 'A'



Salah satu langkah bagi memudahkan pesakit veteran ATM untuk mendapatkan perubatan adalah dengan menubuhkan Wad Veteran di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mirza. Keprihatinan terhadap Veteran ATM dalam mendapatkan kemudahan perubatan dan kemasukan ke dalam hospital menjadikan asas usaha kebajikan JHEV. Wad Veteran Angkatan Tentera Malaysia dinamakan Wad Bunga Raya dan ini adalah untuk menempatkan pesakit veteran Angkatan Tentera yang menghidap penyakit kronik dan kurang upaya kekal di wad tersebut.
Langkah ini sesuai dengan tujuan JHEV dalam memastikan kebajikan veteran ATM khususnya dalam bidang perubatan terjamin. Ini adalah perlu untuk veteran ATM mendapat peluang perubatan yang sempurna.
Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM sentiasa mencari ruangan untuk meningkatkan kebajikan veteran ATM. Setiap cadangan untuk memperbaiki lagi servis untuk veteran ATM akan dilaksanakan dengan mengadakan usaha untuk mendapatkan lebih banyak kemudahan bagi veteran ATM.
Wad veteran ATM ini diadakan untuk bukan sahaja untuk memudahkan pesakit veteran ATM tetapi memberi mereka sedikit prioriti dalam mendapatkan rawatan penyakit kronik. Ini adalah juga bertujuan untuk memberi kerapian utama kepada mereka dalam menghargai jasa mereka terhadap negara ini.

Semestinya matlamat utama JHEV adalah untuk menggunakan seluas mungkin ruangan yang ada untuk membantu veteran ATM ini. Kemudahan yang diperuntukkan ini akan dapat memberi tumpuan terperinci masalah kesihatan yang dialami oleh veteran ATM. JHEV dalam usaha ini juga akan menggunakan jentera lain seperti Yayasan Veteran ATM untuk melaksanakan program yang boleh meningkatkan keupayaan JHEV dalam mengadakan peruntukan yang lebih banyak lagi bagi melunaskan matlamat utama JHEV yakni membantu pesara dan veteran UMNO dalam musibah penyakit yang mereka alami. JHEV komited untuk melihat segala ruangan yang ada untuk mendapatkan peruntukan yang lebih besar dalam mengendalikan masalah – masalah kesihatan serta kebajikan veteran ATM.
Melihat penubuhan Wad Veteran ini, tidak dapat tidak JHEV tidak mengabaikan kebajikan ahli veteran ATM dan sebaik mungkin akan bertindak atas keutamaan ahli veteran ATM sendiri. Segala usaha adalah untuk membuktikan kepada veteran ATM bahawa segala jasa dan khidmat bakti mereka tidak dilupakan begitu sahaja. Ini adalah antara bukti yang menunjukkan JHEV sentiasa mencari dan memperbaiki ruangan untuk terus memberi khidmat kepada veteran ATM. Tindakan dan kesungguhan JHEV dalam memberi khidmat sempurna terhadap veteran ATM tidak dapat disanggah lagi. Mereka sentiasa ada untuk memberi pengkhususan kepada kebajikan bekas anggota ATM. Ini adalah langkah yang dapat se tidak-tidak meringankan bebanan warga veteran. Ini juga menunjukkan bahawa ATM sentiasa menghormati mereka yang telah berkhidmat dengan ATM se awal tahun 50an lagi.
Untuk itu khidmat bakti JHEV adalah untuk memastikan warga veteran ATM mendapat sokongan padu dari ATM khususnya dari JHEV yang tidak pernah serik dalam mengusahakan kebaikan bagi warga veteran ATM.

#JHEVBANTUVETERAN : VETERAN ATM MENERIMA BANTUAN DARI JABATAN HAL EHWAL VETERAN (JHEV)



Tidak ada pihak yang mampu menyangkal jasa-jasa mereka yang pernah berkhidmat dalam Angkatan Tentera Malaysia. Jasa mereka yang pada negara sememangnya amat besar. Mereka ibarat tiang seri yang kukuh berzaman dalam mempertahankan negara 


Justeru itu mereka yang pernah berkhidmat atau kini bergelar veteran ATM perlu diberi penelitian yang besar – sebesar pengorbanan mereka pada negara. Ini amat besar ertinya kepada warga ATM dan kehadiran Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM atau JHEV ini membuktikan bahawa pahlawan kita sentiasa terbela nasib mereka kerana jasa dan perjuangan mereka yang tidak pernah luntur dan sentiasa berjuang.

JHEV memberi erti besar kenapa nasib-nasib veteran tertera. Kehadiran JHEV menjadi ukuran betapa penghargaan terhadap wira negara ini berterusan dan sentiasa dalam pengawasan kerajaan Malaysia untuk memastikan JHEV terus dapat bertindak sebagai penyentuh utama bagi membela nasib mereka yang kini bergelar veteran ATM.

Penubuhan JHEV adalah untuk menjadi “one stop center” bagi membantu veteran ATM dalam meneruskan kehidupan selepas bersara dari Angkatan Tentera Malaysia. JHEV memainkan peranan penting untuk membantu veteran ATM dalam semua isu termasuk sosio ekonomi dan bantuan segera yang melibatkan kebajikan mereka.
Sejak memulakan operasi rasmi pada tahun 2001, JHEV mula mengorak langkah menjadi sebuah jabatan yang mengambil sikap khusus untuk membantu bekas-bekas pesara ATM dalam menyediakan ruangan seluas mungkin untuk mereka memulakan hidup di luar kehidupan Angkatan Tentera Malaysia.


JHEV dalam melaksanakan tanggungjawab sedar bahawa perkara khususnya yang perlu dilakukan adalah untuk memastikan kedudukan sosio ekonomi pesara ATM terjamin. Mereka yang mahu mencari ruangan pekerjaan selepas tamat bekerja dengan ATM akan dibantu oleh JHEV. JHEV akan memulakan tugas utama dengan mengemukakan taklimat persediaan persaraan bagi menyiapkan warga ATM yang akan bersara berhadapan dengan cara baru pengurusan kehidupan mereka di luar angkatan tentera. Satu Bahagian di tubuhkan semata-mata untuk tujuan ini. Bahagian Latihan dan Penempatan (BLP) adalah bahagian yang akan memainkan peranan utama untuk menjadi perantara menjodohkan pekerjaan dengan warga veteran ATM di samping menyediakan program-program yang melibatkan penerangan kepada mereka yang melangkah keluar dari ATM dan menjadi veteran ATM. 


Tindakan ini perlu dilakukan sebelum seseorang itu melangkah menjadi veteran ATM serta terbuka kepada kehidupan baru di luar ATM. Usaha pertama adalah melengkapkan mereka dengan penjangkaan hidup di luar ATM agar mereka dapat diresapkan kepada budaya kehidupan baru di luar ATM. Sekiranya dilihat secara kasar JHEV menjadi pintu terakhir sebelum melangkah keluar dari ATM dan bergelar veteran dalam ATM. Peranan ini penting untuk membuktikan bahawa sentuhan JHEV kepada veteran ATM tetap wujud sebagai jabatan yang akan melihat dan membantu mereka di luar ATM.

Tuesday, May 22, 2012

#debatPTPTN: Abolish PTPTN, Future of the Higher Education?

Salam 1Belia, salam 1Malaysia and good morning!

Hot topic of the day: Debates between Khairy Jamaludin and Rafizi Ramli.

I just woke up, because its really hot here in Sintok and I guess, tonight, its getting hotter. Wooo.

I favor KJ, no doubt. But as for tonight, I would love, I mean I really really want to see what Rafizi has to say to convince everyone that we are capable of giving free education with allowance to the students in higher education. And I want to see KJ shut Rafizi's mouth just like what he did to Ambiga before. So, this debate tonight should be so very interesting right?

Please please please. Don't miss it!

Tonight at 10 o'clock, get ready in front of your television, Astro Awani channel 501. No television? Then tune to frequency 93.9, Bernama Radio24.






Well, don't forget to watch this peeps :))



Monday, May 14, 2012

#ptptnutkmahasiswa: Siapa PTPTN?

Salam 1 Malaysia.
 

Okay hai. Sebelum nak cerita tujuan PTPTN ditubuhkan, meh sini nak cerita apa tujuan blog nie dicipta. Ewah.


Isu PTPTN mungkin dianggap isu basi, lapuk, bosan bagi sesetengah mahasiswa ataupun rakyat Malaysia. Kan? Tetapi tidak bagi saya, dan tidak akan pernah lapuk bagi saya. Kenapa? Percaya atau tidak, isu ini akan dibangkitkan semula semasa PRU mahupun PRK! Right-o?


So, blog ini akan menerangkan dengan lebih lanjut apa itu PTPTN, isu isu berkaitan PTPTN, dan macam macam lagi. Macam macam tu tak bermakna ada gosip artis okay? Nak gosip pergi baca Beautifulnara.com please?


PTPTN


Untuk pengetahuan semua terutamanya yang tak tahu apa apa tapi melalak lebih lebih tu, PTPTN diluluskan oleh jemaah menteri pada 18 September 1996, bawah Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997. Oh, yang paling menarik sekali, orang yang turut ingin memansuhkan PTPTN sekarang merupakan Menteri Kewangan yang turut sama terlibat dalam penubuhan PTPTN dahulu dan memangku jawatan Perdana Menteri ketika itu. Magic much?


Tanpa PTPTN, mampukah pelajar dari keluarga berpendapatan rendah menyambung ke peringkat pendidikan tinggi, atau tertiary education?


Kenapa PTPTN ditubuhkan?


Pertamanya adalah untuk memastikan sekurang-kurangnya 50% penduduk  berumur 17 – 23 tahun memasuki pendidikan “tertiary” menjelang 2020. 


Kedua, menyediakan sumber manusia yang mencukupi untuk menampung pertumbuhan ekonomi menjelang Malaysia mencapai Negara maju pada tahun 2020.


Dan yang ketiga, menguruskan pembiayaan untuk tujuan pendidikan tinggi dan seterusnya memungut bayaran balik pinjaman.


Faham? Faham tak faham?


Okay, hadamlah sendiri eh? #okbai ;p